Ada banyak aktiviti ringkas yang mudah untuk dijalankan di dalam kelas. Ada yang dibuat untuk ulangkaji, set induksi, peneguhan dan bermacam lagi. Antaranya ialah: 1. Kotak misteri Masukkan satu objek dalam kotak. Dua orang murid dipanggil ke hadapan. Seorang memegang objek tersebut tanpa melihatnya dan menerangkan ciri-ciri objek tersebut dengan menggunakan adjektif. Seorang pula menuliskan di papan putih perkataan-perkataan yang disebutkan. Kemudian semua murid cuba meneka objek tersebut. 2. Pen Magik Satu pen magik disediakan. Seorang yang memegang pen magik perlu memulakan ayat pertama dan kemudian pen diserahkan pula kepada orang di sebelah. Orang seterusnya perlu menyambung cerita itu dengan sepotong ayat sahaja. Orang lain yang tidak memegang pen ini tidak boleh bercakap. Guru boleh meminta mana-mana giliran untuk ditamatkan dan murid tersebut perlu membuat ayat terakhir bagi cerita ini. 3. Shape Me Seorang murid melihat satu lukisan pelik dan beserta nombo...
8 SEBAB MENGAPA PELAJAR LEMAH DAN GAGAL SUBJEK MATEMATIK Selain Sains, Matematik atau subjek nombor merupakan antara subjek yang ditakuti ramai pelajar. Lemah subjek ini bermaksud di sekolah atau dalam peperiksaan. Tidak ada kena mengena dengan perlu atau tidak perlu dalam kehidupan seharian. Berikut 8 faktor kenapa pelajar corot subjek ini. 1. Tiada pendedahan awal Pelajar yang tidak mendapat pendidikan nombor atau mengira dengan baik sebelum ke tadika atau sekolah biasanya mengalami masalah dalam matapelajaran matematik. 2. Tidak hafaz sifir Soalan darab telah diajar semenjak sekolah rendah bawah. Sepatutnya sudah hafaz sifir sebelum masuk tahun 4. Tapi di tingkatan 5 pun masih ramai yang tidak menghafaz sifir. 3. Mesin (kalkulator) yang lebih banyak mencongak Congak ialah ilmu mengira di dalam minda. Kurang mahir mencongak kerana kurang latihan. Ramai pelajar 6+4 masih menggunakan jari walaupun telah masuk ke sekolah menengah. Mujurlah ketika di tingkatan 1 s...
Ulasan
Catat Ulasan