Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Kuiz Matematik Dengan Cara Menyeronokkan. Awesome

Imej
Kuiz Matematik? Alamak!! Pasti guru-guru semua pening dan bosan nak buat soalan kuiz stail lama. Apa kata lainkan sedikit kuiz ini agar murid-murid anda lebih seronok menjawab kuiz dan juga mahukan lagi kuiz sebegini di masa hadapan. Nota kaki: Setiap set soalan adalah dalam bentuk kuiz bergambar dan setiap murid perlu ada pensil warna untuk menjawabnya. Setaip satu jawapan akan membentuk satu lukisan jadi lebih mudah untuk anda nampak di mana kesalahan murid-murid anda. Lihat contoh-contoh di bawah: 1. Kuiz Satu Jawapan: Bentuk pelangi 2. Kuiz Dua Jawapan: Bentuk rumah 3. Kuiz Tiga Jawapan: Bentuk istana Sumber: teachingideas.co.uk Semoga murid-murid anda lebih ceria dan seronok daripada keluh kesah dan tidak suka tatkala menjawab. Selamat mencuba!

INTIPATI BAJET 2018 DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Imej
Berikut ialah intipati Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini. Bajet 2018 bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50. Antara #Bajet2018 dalam bidang pendidikan ialah: RM20j kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menambah baik kemudahannya sebagai sekolah sukan premier. Pe-Tunjang Ketiga: Mengungguli Pembangunan Pendidikan, Latihan, Kemahiran dan Bakat. RM61.6b disediakan untuk sektor ini. Bajet ini sentiasa beri keutamaan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, RM550 juta diperuntukkan. Hampir 2000 sekolah dalam keadaan daif seperti bumbungnya bocor, lantai rosak, dinding berlubang & peralatan yang sudah lama tidak berganti. Untuk itu, melalui kaedah Industrial Building System, Kerajaan mengumumkan peruntukan terbesar sejumlah RM2.5b bagi tempoh 2

Bayaran Khas RM1500 Untuk Penjawat Awam | Belanjawan 2018

Imej
Perdana Menteri Najib Razak hari ini membentangkan BAJET 2018 telah mengumumkan pemberian  bayaran khas RM1500  kepada semua penjawat awam yang sedang berkhidmat. Pemberian Bonus ini akan dibayar pada JAN 2018 RM1000 dan RM500 lagi menjelang Aidilfitri. ‘ Bonus 2017 ‘ ini juga sebagai menghargai penjawat awam yang bertungkus lumus bekerja, dan membantu melancarkan lagi pengurusan perkhidmatan awam kerajaan. Ia sedikit sebanyak dapat membantu penjawat awam dalam meringankan kos sara hidup dan menampung perbelanjaan awal persekolahan anak-anak. Semoga ia menjadi berita gembira buat 1.5 juta penjawat awam hari ini.

CARA MUDAH MURID KUASAI TOPIK BUNDAR NOMBOR

Imej
Ada anak-anak yang belum mahir topik bundar ke? Ini cara cikgu Matematik sekolah Kakak Ica ajar sejak di Tahun 2. Mama paling suka style cikgu ni - teratur, anak pun mudah faham dan ingat. Terima kasih Cikgu Rusdah, jasamu dikenang sepanjang hayat  🌹 ❤️ Step by step: 1. Gariskan digit yang berada pada nilai tempat yang hendak dibundarkan. 2. Bulatkan digit yang berada di belakang digit yang digaris di (1). 3. Tambah 0 pada digit yang digaris jika digit yang dibulatkan bernilai 0, 1, 2, 3 atau 4. Tambah 1 pada digit yang digaris jika digit yang dibulatkan bernilai 5, 6, 7, 8 atau 9. Moga bermanafaat  Perkongsian oleh Cikgu Radziah  

Cikgu tidak terbeban, kerja tak sampai 45 jam

Imej
KUALA LUMPUR - Waktu mengajar guru dan membuat urusan di sekolah tidak mencecah 45 jam seminggu, sekaligus bukan faktor utama untuk dikaitkan sebagai bebanan. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, guru di negara ini tidak terbeban dengan waktu bekerja hakiki sebagaimana peraturan yang ditetapkan agensi antarabangsa. “Mengikut laporan International Level Organization (ILO) seseorang itu bekerja dia tidak boleh melebihi daripada 45 jam, dan daripada jumlah yang kita kira, waktu mengajar guru dan waktu-waktu lain (berada di sekolah) itu tidak sampai 45 jam seminggu. “Cuma barangkali ada perkara yang disebut oleh yang berhormat (YB) ada kaitan antara guru itu dan kerja bukan hakiki,” katanya kepada Dewan Rakyat bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Idris Ahmad (Pas - Bukit Gantang), di sini, semalam. Idris meminta kementerian menjelaskan adakah bebanan tugasan guru di sekolah membuatkan golongan itu tidak cukup masa mendekati pelajar

50 LATIH TUBI SOALAN SOCIAL EXPRESSION | BAHASA INGGERIS UPSR

Imej
DOWNLOAD DENGAN KLIK LINK DIBAWAH 50 EXERCISE SOCIAL EXPRESSION BAHASA INGGERIS UPSR

TIPS BAGAIMANA MENGAWAL MURID-MURID DALAM KELAS YANG TIADA DALAM BUKU-BUKU PENDIDIKAN

Imej
Kenapa murid tidak mendengar arahan saya? Setiap kali suruh diam, tidak juga diam. Mereka seperti tidak hormat langsung pada saya. Tetapi kalau dengan cikgu lain, budak ni diam tanpa suara. Itulah dunia pendidikan, cabaran  mengawal murid  merupakan perkara yang paling utama, jika mula-mula langkah masuk ke kelas sudah tidak dapat kawal bagaimana pdp hendak bermula. Bagi seorang guru, mereka sebenarnya telah belajar secara teori dan praktikal di Maktab Perguruan atau sekarang dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru. Namun, apabila masuk ke dunia pendidikan sebenar, realitinya kita sendiri yang tahu. Tentu anda pernah lihat bukan, guru yang bila dia lalu sahaja, budak tiba-tiba senyap, padahal tiada pun jeritan yang keluar dari mulut cikgu berkenaan. Aura apa yang cikgu ni pakai? Mungkin ada sesuatu yang hebat dalam diri dan jiwa cikgu ni. Pengalaman mengajar sebenarnya banyak membantu, kalau boleh biarlah kita mengajar 3 jenis kelas yang berbeza perangai budaknya. Kelas De

Refleksi VS Impak. Mana Satu Yang Perlu Ditulis Dalam RPH ???

Imej
REFLEKSI vs IMPAK REFLEKSI atau IMPAK perlu ditulis setelah berakhirnya satu-satu PdPc. IMPAK merupakan SEBAHAGIAN daripada REFLEKSI. PERSAMAAN refleksi dengan impak ialah kedua-duanya mencatatkan: i. JUMLAH/BILANGAN murid dan BUKAN PERATUSAN murid yang mencapai objektif dan yang tidak mencapai objektif. ii. TINDAKAN yang akan dilaksanakan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid. PERBEZAAN refleksi dengan impak ialah REFLEKSI mencatatkan PENAMBAHBAIKAN yang akan dibuat dalam PdPc akan datang. CONTOH IMPAK 23/26 orang mencapai semua objektif manakala 3/26 tidak mencapai objektif yang kedua dan telah diberikan latihan pemulihan dan akan dibimbing lagi dalam PdPc penulisan karangan akan datang. CONTOH REFLEKSI 23/26 orang mencapai semua objektif manakala 3/26 tidak mencapai objektif yang kedua dan telah diberikan latihan pemulihan dan akan dibimbing lagi dalam PdPc penulisan karangan akan datang. LPG akan dipermudah untuk kelas akan datang. NOTA: Jika guru melak

DOWNLOAD BUKU LATIHAN LINUS KONSTRUK 1

Imej
Perkongsian Cikgu Maz . Download BUKU LATIHAN LINUS KONSTRUK 1

CIKGU SAFFUAN KONGSIKAN BAGAIMANA BANTU MURID LEMAH BINA SIFIR DUA DIGIT

Imej
Kredit kepada Cikgu Saffuan atas perkongsian ini Untuk gunakan Tulang Napier , pembaca sekalian boleh download. Kemudian setiap lajur sifir digunting, jadi akan ada 9 lajur sifir bermula dari sifir 1 hingga 9. Contoh jika nak bina sifir 17, ambil lajur sifir satu dan padankan dengan lajur sifir 7, jika nak  bina sifir 28, ambil lajur sifir 2 dan lajur sifir 8 begitu juga dengan sifir 36, ambil lajur sifir 3 dan lajur sifir 36. Nak hasilkan sifir sama seperti selesaikan soalan darab Lattice Box, kena tambah ikut garis menyerong. Senang saja. Selain daripada itu, Tulang Napier ini juga boleh digunakan untuk mendarab. Tak percaya jom selesaikan soalan 89 x 56 dengan menggunakan Tulang Napier DOWNLOAD - TULANG NAPIER

DOWNLOAD NOTA ULANGKAJI WARNA WARNI MATEMATIK AKHIR TAHUN CIKGU NANA

Imej
LIKE PAGE Cikgu Viral yer.... NOTA ULANGKAJI MATEMATIK OLEH CIKGU NANA terima kasih kepada cikgu Nana atas perkongsian nota ini :)

DOWNLOAD | KALENDAR KUDA 2018 VERSI PDF

Imej
Kepada yang berminat untuk mendapatkan 12 bulan Kalendar ini bolehlah memuat turunnya di bawah.  Jangan lupa Like Page Cikgu Viral :) Download KALENDAR KUDA 2018 [ SINI ]

KPM Ambil Tindakan Guru Besar Dan Guru Gagal Patuhi Pekeliling

Imej
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib terhadap guru besar mahupun guru yang gagal mematuhi Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2000: Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah. Penegasan itu dibuat Timbalan Menteri II, Datuk Chong Sin Woon susulan aduan yang diterima berkaitan penjualan dan penggunaan buku kerja murid sekolah rendah baru-baru ini. Tegas beliau, setiap guru besar dan guru tidak mempunyai hak untuk memaksa ibu bapa mahupun penjaga membeli buku kerja. Malah katanya, guru juga dilarang menggunakan buku kerja yang diterbitkan penerbit luar ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PDP). "Kita tidak teragak-agak mengambil tindakan tatatertib jika ada guru atau guru besar yang ingkar dengan pekeliling tersebut," katanya pada sidang media di Kementerian Pendidikan di sini hari ini. Tambah Chong, buku kerja juga tidak dicadangkan kepada murid tahap satu iaitu darjah 1, 2 dan 3. Manakala katanya, bagi murid-murid Tahap 2, hanya s

Kad Debit Bakal Diperkenal di Sekolah

Imej
KUALA TERENGGANU - Pelaksanaan aplikasi digital termasuk penggunaan kad debit di sekolah negara ini akan diperluaskan secara berperingkat selaras usaha mendidik pelajar untuk bergerak seiring dengan perkembangan dunia era digital, kata Menteri PendidikanDatuk Seri Mahd­zir Khalid. Beliau berkata kementerian akan melaksanakan aplikasi digital itu mengikut kemampuan sekolah terutamannya sekolah di luar bandar dari segi penggunaan kada debit untuk membeli makanan di kantin dan barangan di koperasi sekolah. "Kita perlu didik pelajar untuk sedia berhadapan dengan dunia digital yang salah satunya ialah 'cashless' (tanpa tunai) kerana di luar sana orang dah pakai kad debit, orang dah tak pakai tunai,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis graduasi 390 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman di sini, hari ini. "Sekarang ini contohnya pen

Panduan Bagaimana Menulis Aktiviti Dalam Rancangan Pengajaran Harian

Imej
B agaimana cara menulis  RPH   yang betul? Kita sering kali melihat gaya penulisan Rancangan Pengajaran Harian yang berbeza-beza, ada yang ringkas, ada yang terlalu padat dan ada yang mengikut format serta kehendak penulisan RPH Abad 21. Di sini ingin dikongsikan cara menulis RPH, tetapi difokuskan di sini cara menulis aktivti. Panduan ini adalah hasil perkongsian asal dari  Sisc Azura . Cara menulis aktiviti di dalam RPH Aktiviti yang dirancang mestilah menunjukkan cara objektif dicapai. Aktiviti mesti ditulis dengan jelas dalam bentuk ayat lengkap, dan bukan hanya menulis perkataan. Kesalahan yang berlaku adalah hanya menulis perkataan sahaja seperti: Soal jawab. Perbincangan Penerangan Latihan Sumbang saran Sepatutnya aktiviti ditulis seperti berikut: Murid dan guru bersoal jawab tentang video yang ditonton. Murid dalam kumpulan meneroka maklumat daripada pelbagai sumber berdasarkan kad arahan. Wakil kumpulan membuat pembentangan. Murid dan guru membuat pena

Takwim Persekolahan Sesi 2018

Imej
Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengeluarkan Takwim Persekolahan bagi tahun 2018 sebagai rujukan. Takwim tersebut boleh dimuat turun dalam bentuk PDF di laman web rasmi  Kementerian Pendidikan  atau klik sahaja di pautan bawah: Muat Turun: Takwim Persekolahan 2018 kredit CikguShare

8 SEBAB MENGAPA PELAJAR LEMAH DAN GAGAL SUBJEK MATEMATIK

Imej
8 SEBAB MENGAPA PELAJAR LEMAH DAN GAGAL SUBJEK MATEMATIK Selain Sains, Matematik atau subjek nombor merupakan antara subjek yang ditakuti ramai pelajar. Lemah subjek ini bermaksud di sekolah atau dalam peperiksaan. Tidak ada kena mengena dengan perlu atau tidak perlu dalam kehidupan seharian. Berikut 8 faktor kenapa pelajar corot subjek ini. 1. Tiada pendedahan awal Pelajar yang tidak mendapat pendidikan nombor atau mengira dengan baik sebelum ke tadika atau sekolah biasanya mengalami masalah dalam matapelajaran matematik. 2. Tidak hafaz sifir Soalan darab telah diajar semenjak sekolah rendah bawah. Sepatutnya sudah hafaz sifir sebelum masuk tahun 4. Tapi di tingkatan 5 pun masih ramai yang tidak menghafaz sifir. 3. Mesin (kalkulator) yang lebih banyak mencongak Congak ialah ilmu mengira di dalam minda. Kurang mahir mencongak kerana kurang latihan. Ramai pelajar 6+4 masih menggunakan jari walaupun telah masuk ke sekolah menengah. Mujurlah ketika di tingkatan 1 s

Analisis Item Soalan, Perlukah Dilakukan Selepas Peperiksaan ?

Imej
"Sebenarnya apa kelemahan dan kekuatan murid saya eh?. Rasanya semua tajuk pun tak menguasai. Kalau nak perbaiki pun, nak mula dari mana?Apa yang perlu diberi perhatian. Macam semua tajuk je kena ajar semula." Inilah senario biasa cikgu-cikgu bilamana peperiksaan dah habis, paper dah siap tanda. What's next? and yes WHAT's NEXT???💆 Itulah sebabnya guru-guru digalakkan (malah HARUS) buat analisis item.  Analisis item ini dapat membantu guru dari segi: ✅Mengenalpasti tajuk-tajuk/soalan-soalan yang masih belum murid kuasai. ✅Mengetahui tahap penguasaan murid terhadap satu-satu topik. ✅Melihat kelemahan dan kekurangan soalan yang tidak dijawab dengan betul. Adakah soalan itu mengelirukan, sukar difahami. ✅Membina langkah-langkah intervensi untuk penambahbaikan PdPC serta pembinaan item soalan. Bagaimana nak buat? Senang je. Guru sebutkan no soalan, nanti murid angkat tangan bagi sesiapa yang salah untuk soalan tu. Lepas tu kira. 13 ke, 18

8 Item Ini Perlu Guru Ada Untuk Jadikan Pdpc Terbaik

Imej
  Stickey Notes Parking lot untuk murid menampal reaksi mereka terhadap pembelajaran pada hari ini. Entry Ticket untuk murid menyatakan persoalan-persoalan yang mereka ada tentang tajuk yang akan dipelajari. Membuat undian . Quiz- Quiz Trade dengan murid  berjual beli soalan.  Bulding Blocks Murid bina struktur ayat. Contoh merah untuk kata nama, biru untuk kata kerja,  hijau untuk objek. Membuat pengiraan rows dan columns. Murid membina struktur. Gamifikasi dengan murid diberikan ganjaran beberapa biji atas pencapaian mereka dan murid membina objek baru hasil daripada blok-blok terkumpul. Set induksi dengan murid beri gambaran tentang tajuk berdasarkan kreativiti mereka. Rumusan dengan murid beri rumusan isi pembelajaran dipersembahkan dalam bentuk-bentuk binaan dan warna.   Pen Warna Murid guna warna tertentu sebagai soalan, warna lain sebagai beri jawapan kepada soalan rakan sementara warna satu lagi untuk soalan tambahan. Mengunakan warna b