INTIPATI BAJET 2018 DALAM BIDANG PENDIDIKAN

#Bajet2018
Berikut ialah intipati Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet 2018 bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50.

Antara #Bajet2018 dalam bidang pendidikan ialah:


RM20j kepada Sekolah Sukan Bukit Jalil untuk menambah baik kemudahannya sebagai sekolah sukan premier.

Pe-Tunjang Ketiga: Mengungguli Pembangunan Pendidikan, Latihan, Kemahiran dan Bakat. RM61.6b disediakan untuk sektor ini.

Bajet ini sentiasa beri keutamaan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, RM550 juta diperuntukkan.

Hampir 2000 sekolah dalam keadaan daif seperti bumbungnya bocor, lantai rosak, dinding berlubang & peralatan yang sudah lama tidak berganti.

Untuk itu, melalui kaedah Industrial Building System, Kerajaan mengumumkan peruntukan terbesar sejumlah RM2.5b bagi tempoh 2 tahun.

RM2.9b pula diperuntukkan untuk bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan.

Bantuan Persekolahan RM100 seorang kepada murid sekolah berpendapatan rendah diteruskan dengan peruntukan RM328j, manfaatkan 3.2 juta murid.

Begitu mulia pengorbanan guru, bagai lilin yang membakar diri. Syabas kepada semua guru yg telah bertungkus-lumus bangunkan anak bangsa!

Bagi menggalakkan lepasan TVET melanjutkan pengajian, Kerajaan menyediakan 100 Biasiswa Pelajar Cemerlang TVET dengan peruntukan RM4.5 juta.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 SEBAB MENGAPA PELAJAR LEMAH DAN GAGAL SUBJEK MATEMATIK

8 Aktiviti Ringkas Yang Menarik Minat Murid Di Dalam Kelas

Kuiz Matematik Dengan Cara Menyeronokkan. Awesome