Refleksi VS Impak. Mana Satu Yang Perlu Ditulis Dalam RPH ???

REFLEKSI vs IMPAK
REFLEKSI atau IMPAK perlu ditulis setelah berakhirnya satu-satu PdPc.

Image may contain: one or more people and people sitting
IMPAK merupakan SEBAHAGIAN daripada REFLEKSI.
PERSAMAAN refleksi dengan impak ialah kedua-duanya mencatatkan:
i. JUMLAH/BILANGAN murid dan BUKAN PERATUSAN murid yang mencapai objektif dan yang tidak mencapai objektif.
ii. TINDAKAN yang akan dilaksanakan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid.
PERBEZAAN refleksi dengan impak ialah REFLEKSI mencatatkan PENAMBAHBAIKAN yang akan dibuat dalam PdPc akan datang.
CONTOH IMPAK
23/26 orang mencapai semua objektif manakala 3/26 tidak mencapai objektif yang kedua dan telah diberikan latihan pemulihan dan akan dibimbing lagi dalam PdPc penulisan karangan akan datang.
CONTOH REFLEKSI
23/26 orang mencapai semua objektif manakala 3/26 tidak mencapai objektif yang kedua dan telah diberikan latihan pemulihan dan akan dibimbing lagi dalam PdPc penulisan karangan akan datang. LPG akan dipermudah untuk kelas akan datang.
NOTA:
Jika guru melaksanakan pentaksiran TP atau Band, guru perlu catatkan jumlah murid yang mencapai TP atau Band yang ditaksir dalam REFLEKSI dan kemudian pindahkan ke dalam borang transit yang ditampal di dalam Buku Rekod Pengajaran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 SEBAB MENGAPA PELAJAR LEMAH DAN GAGAL SUBJEK MATEMATIK

8 Aktiviti Ringkas Yang Menarik Minat Murid Di Dalam Kelas

Kuiz Matematik Dengan Cara Menyeronokkan. Awesome