Sistem Kenaikan E-Pangkat Mudahkan Urusan Kenaikan Pangkat Guru-Guru

Image result for sistem epangkat
Bagi memudahkan sistem kenaikan pangkat yang lebih tersusun, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan Sistem ePangkat, di mana objektifnya adalah:
  1. Mengautomasikan semua proses dan operasi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat.
  2. Membolehkan perancangan urusan pemangkuan, dan kenaikan pangkat dilaksanakan dengan cepat dan tepat pada waktunya.
  3. Membudayakan sistem kerja semua urusan naik pangkat yang cekap dan sistematik melalui aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
  4. Memupuk rasa tanggungjawab untuk mengemas kini dan melengkapkan data-data naik pangkat dari setiap peringkat.
  5. Menyediakan satu sistem maklumat kenaikan pangkat yang fleksibel dan terkemas kini bagi memenuhi keperluan warga KPM dan stakeholders.
Antara Maklumat yang akan disimpan di dalam epangkat ialah:
  • Maklumat Peribadi
  • Maklumat Akademik***
  • Maklumat Pengisytiharan Harta***
  • Maklumat Pengalaman Kerja***
  • Maklumat PTK
  • Maklumat Prestasi***
  • Maklumat Peminjam Tegar
  • Maklumat Prestasi Khas***
  • Maklumat Perkhidmatan***
  • – AKS
  • – CUTI
  • – PPPLD/ PPPS
  • Maklumat Keutuhan SPRM
  • Penilaian Bagi Laluan Cemerlang
  • Maklumat Tindakan***
  • – Tempoh Cubaan Berdenda
  • – Tatatertib
  • Hanya yang bertanda *** sahaja perlu dikemaskini oleh Ketua Jabatan
Pihak yang bertanggungjawab ke atas pengemaskinian data PPP dan AKP adalah seperti berikut :
ePangkat
Untuk Pendaftaran ePangkat sila buat pendaftaran di :
https://epangkat.moe.gov.my/login.php
Rujuk Kaedah Pendaftaran di: Manual Pengguna ePangkat
Sekiranya lupa kata laluan sila beri butiran berikut:
i. Nama Penuh
ii. No Kad Pengenalan
iii. Gred
iv. Gelaran Jawatan
v. Tempat Bertugas
Dengan menggunakan emel rasmi hantar ke epangkat@moe.gov.my

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 SEBAB MENGAPA PELAJAR LEMAH DAN GAGAL SUBJEK MATEMATIK

8 Aktiviti Ringkas Yang Menarik Minat Murid Di Dalam Kelas

Kuiz Matematik Dengan Cara Menyeronokkan. Awesome