8 SEBAB MENGAPA PELAJAR LEMAH DAN GAGAL SUBJEK MATEMATIK


8 SEBAB MENGAPA PELAJAR LEMAH DAN GAGAL SUBJEK MATEMATIK

Selain Sains, Matematik atau subjek nombor merupakan antara subjek yang ditakuti ramai pelajar. Lemah subjek ini bermaksud di sekolah atau dalam peperiksaan. Tidak ada kena mengena dengan perlu atau tidak perlu dalam kehidupan seharian. Berikut 8 faktor kenapa pelajar corot subjek ini.

1. Tiada pendedahan awal
Pelajar yang tidak mendapat pendidikan nombor atau mengira dengan baik sebelum ke tadika atau sekolah biasanya mengalami masalah dalam matapelajaran matematik.

2. Tidak hafaz sifir
Soalan darab telah diajar semenjak sekolah rendah bawah. Sepatutnya sudah hafaz sifir sebelum masuk tahun 4. Tapi di tingkatan 5 pun masih ramai yang tidak menghafaz sifir.

3. Mesin (kalkulator) yang lebih banyak mencongak
Congak ialah ilmu mengira di dalam minda. Kurang mahir mencongak kerana kurang latihan. Ramai pelajar 6+4 masih menggunakan jari walaupun telah masuk ke sekolah menengah. Mujurlah ketika di tingkatan 1 sudah boleh menggunakan kalkulator.
Banyak pelajar yang menyangka kalkulator mempercepatkan masa menjawab soalan peperiksaan. Ada pelajar sudah nak tamat spm pun 6+2 pun pakai kalkulator. Sangkaan ini tidak benar. Soalan peperiksaan telah digubah supaya kebanyakannya dapat diselesaikan dengan lebih cepat jika kita tahu mencongak, menghafaz, memahami atau menulis dengan baik.
Pakar-pakar matematik seluruh dunia seperti Scott Flansburg (United States) dan West Wong (Malaysia) boleh mencongak dengan sangat pantas.

4. Tidak pernah mengaplikasikan matematik dalam kehidupan seharian
Di gerai nasi lemak, makcik nasi lemak kirakan jumlah dan baki. Entah betul entah tidak kiraannya. Di kantin sekolah, kakak kaunter kirakan (mungkin tepat mungkin tak). Dapat duit raya, mak ayah atau bank kirakan. Jadi buat apa belajar matematik? Sekurang-kurangnya biarlah mahir yang asas. Kerana asas ini akan digunakan kelak.

5. Tidak atau kurang memahami kerana malas berfikir
Untuk memahami kita perlu berfikir. Ramai orang malas berfikir, tidak bersungguh-sungguh dan cepat putus asa. Bagaimana nak tahu kita benar-benar faham atau tidak? Jika kita boleh buat soalan yang paling sukar sekalipun bermakna kita faham topik tersebut.

6. Terlalu banyak menyalin
Matematik perlukan banyak latihan bukan menyalin soalan. Cara yang paling baik ialah gunakan buku kerja (workbook). Latihan dalam buku kerja dibahagikan kepada subtopik-subtopik. Terdapat contoh penyelesaian sebelum soalan pertama ditanya. Soalan-soalan ini kebanyakkannya dibahagikan kepada kotak-kotak kecil. Ada ruang untuk menulis jawapan dalam kotak tersebut. Buku kerja yang baik mestilah mempunyai jawapan termsuk jalan kira.
Jika ingin jadi hebat dalam Matematik, buat sendiri latihan dalam buku kerja tersebut. Fikir sendiri bagaimana hendak selesaikan. Jangan minta sesiapa bantu. Ia boleh dilakukan kerana sudah terdapat contoh. Cuma perlu ikut contoh itu. Setelah selesai baru tengok jawapan. Kaji jawapan tersebut jika tidak dapat jawapan atau salah.

7. Tidak berlatih dengan masa
Seringkali pelajar merungut kerana “tak cukup masa”. Subjek apa? Ye betul. Subjek Matematik. Soalan 1 markah sampai 10 minit fikir. Biasakan diri dengan suasana peperiksaan. Kalau purata satu soalan ialah 60 saat, maka buat dalam 60 saat atau kurang. Jika tidak capai, cuba lagi sampai dapat.

8. Sediakan buku conteng kira-mengira
Di samping buku teks & aktiviti, sediakan buku khusus utk anak anda bebas mengira, berfikir, mencongak, mencatat pelbagai formula & melukis imaginasi sifir mengikut kreativiti masing2. Lagi bagus kalau ada tulisan & lukisan menggunakan pen atau pensel yg berwarna-warni.

Ulasan

  1. ramai orang yang selalu meniru kawan

    BalasPadam
  2. teramat susah untuk menghafal sifir😣😣😤😥😦

    BalasPadam
  3. Malas, malas berfikir, sebab utama gagal dalam matematik. Kena lawan sikap tu, gagal matematik boleh mengganggu mata pelajaran lain.

    BalasPadam
  4. Bagi saya kalau masa exam saya mengalami panic shock yang menyebabkan saya lupa formula asal untuk soalan matrmatik yang diberikan semasa exam akhir tahun

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Aktiviti Ringkas Yang Menarik Minat Murid Di Dalam Kelas

Kuiz Matematik Dengan Cara Menyeronokkan. Awesome