Panduan Bagaimana Menulis Aktiviti Dalam Rancangan Pengajaran Harian

Bagaimana cara menulis RPH yang betul? Kita sering kali melihat gaya penulisan Rancangan Pengajaran Harian yang berbeza-beza, ada yang ringkas, ada yang terlalu padat dan ada yang mengikut format serta kehendak penulisan RPH Abad 21.
Di sini ingin dikongsikan cara menulis RPH, tetapi difokuskan di sini cara menulis aktivti. Panduan ini adalah hasil perkongsian asal dari Sisc Azura.

Cara menulis aktiviti di dalam RPH

Aktiviti yang dirancang mestilah menunjukkan cara objektif dicapai.
Aktiviti mesti ditulis dengan jelas dalam bentuk ayat lengkap, dan bukan hanya menulis perkataan. Kesalahan yang berlaku adalah hanya menulis perkataan sahaja seperti:
  1. Soal jawab.
  2. Perbincangan
  3. Penerangan
  4. Latihan
  5. Sumbang saran
Sepatutnya aktiviti ditulis seperti berikut:
  1. Murid dan guru bersoal jawab tentang video yang ditonton.
  2. Murid dalam kumpulan meneroka maklumat daripada pelbagai sumber berdasarkan kad arahan.
  3. Wakil kumpulan membuat pembentangan.
  4. Murid dan guru membuat penambahbaikan dan penjelasan lanjut berserta soal jawab.
  5. Murid dalam kumpulan menyelesaikan masalah mengikut aras.
  6. Murid dan guru membuat semakan dan peneguhan.
___________
Ya, apabila kita menulis dalam bentuk ayat barulah jelas, apa aktiviti yang hendak kita lakukan. kalau sekadar menulis soal jawab atau pebincangan, kita juga tidak jelas kaedah bagaimana yang digunakan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Aktiviti Ringkas Yang Menarik Minat Murid Di Dalam Kelas

8 SEBAB MENGAPA PELAJAR LEMAH DAN GAGAL SUBJEK MATEMATIK

Kuiz Matematik Dengan Cara Menyeronokkan. Awesome