8 Aktiviti Ringkas Yang Menarik Minat Murid Di Dalam Kelas
Ada banyak aktiviti ringkas yang mudah untuk dijalankan di dalam kelas. Ada yang dibuat untuk ulangkaji, set induksi, peneguhan dan bermacam lagi. Antaranya ialah: 1. Kotak misteri Masukkan satu objek dalam kotak. Dua orang murid dipanggil ke hadapan. Seorang memegang objek tersebut tanpa melihatnya dan menerangkan ciri-ciri objek tersebut dengan menggunakan adjektif. Seorang pula menuliskan di papan putih perkataan-perkataan yang disebutkan. Kemudian semua murid cuba meneka objek tersebut. 2. Pen Magik Satu pen magik disediakan. Seorang yang memegang pen magik perlu memulakan ayat pertama dan kemudian pen diserahkan pula kepada orang di sebelah. Orang seterusnya perlu menyambung cerita itu dengan sepotong ayat sahaja. Orang lain yang tidak memegang pen ini tidak boleh bercakap. Guru boleh meminta mana-mana giliran untuk ditamatkan dan murid tersebut perlu membuat ayat terakhir bagi cerita ini. 3. Shape Me Seorang murid melihat satu lukisan pelik dan beserta nombor at
i cant download the file. the link keep bring me to others non related websites
BalasPadam