PPD Jemput SPR Datang Ke Sekolah Daftar Guru Belum Daftar Undi

Image result for guru dan spr
Kementerian Pendidikan sahkan seramai 365,500 atau 86 peratus daripada 425,000 guru di seluruh negara telah berdaftar sebagai pemilih.
Lebih kurang 60 ribu lagi belum mendaftar sebagai pemilih.
Menteri Pendidikan mengesa baki 14% ini hendaklah segera mendaftar sebagai pemilih, kerana ia adalah tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
Tambahan lagi, guru merupakan ikutan contoh kepada masyarakat, banyak tempat di kawasan pedalaman guru diangkat sebagai pemimpin, ketua masyarakat dan sebagainya.
Beberapa minggu lepas, terdapat sesetengah PPD mengambil inisiatif mengeluarkan senarai nama guru yang belum mendaftar pemilih dan menjemput SPR datang ke sekolah bagi membuka kaunter pendaftaran.
Kepada yang belum mendaftar sebagai pengundi, daftarlah segera, anda penentu masa depan negara.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

8 Aktiviti Ringkas Yang Menarik Minat Murid Di Dalam Kelas

8 SEBAB MENGAPA PELAJAR LEMAH DAN GAGAL SUBJEK MATEMATIK

Panduan Bagaimana Menulis Aktiviti Dalam Rancangan Pengajaran Harian